Desember 08, 2010

latar belakang draco malfoy



Ibu bapa Draco ialah Lucius dan Narcissa Malfoy. Mereka merupakan keturunan darah sihir tulen. Keluarga Malfoy merupakan antara keluarga lama, aristokrat dan sangat berbangga menjadi ahli sihir tulen yang amat membenci ahli sihir berketurunan Muggle. Keluarganya amat berada dan menjadi penyokong kuat Lord Voldemort. Disebabkan itulah keluarganya amat membenci mereka yang berdarah lumpurkerana bagi mereka Muggle tidak layak untuk mempelajari dan menguasai sihir.
Kemunculan pertama Draco adalah dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat, dan malangnya, perangainya mengingatkan Harry kepadaDudley Dursley, sepupu Harry yang bengap dan jahat. Kebencian antara mereka bermula ketika itu dan secara rasminya mereka bermusuhan selepas Harry menolak pelawaan persahabatan Draco.









DRACO MALFOY

LUCIUS MALFOY











Tidak ada komentar:

Posting Komentar